Perhubungan Awam
Perhubungan awam ialah satu reputasi yang dijalinkan oleh pengamal perhubungan awam untuk menunjukkan hubungan yang positif dengan publik dalaman yang terdiri dari kumpulan atau individu yang mempunyai hubungan dengan organisasi samada pembekal; pengedar; pelanggan; pengguna; kerajaan; media; pelabur mahupun masyarakat awam (Hamdan, 1988). Heath (2001) mendefinisikan perhubungan awam sebagai satu sains sosial untuk menganalisa dan meramal arah aliran; perunding nasihat kepada pihak majikan dan bertindak melaksanakan program yang terancang dan berterusan untuk kepentingan organisasi dan khalayak sasaran.
Teknologi Baru
Teknologi ialah objek dan aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Teknologi dilihat sebagai satu kaedah menangani masalah teknikal dan maklumat teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Teknologi juga dilihat berasaskan kajian saintifik termaju penggunaan peralatan elektronik yang canggih (Dewan Bahasa, 2007).
Wanda (2001) telah mengkategorikan konsep teknologi baru iaitu sebagai alat menggantikan tenaga kerja manusia; alat produktiviti yang meningkatkan kerja serta memperluas pengetahuan individu dan institusi sosial dalam menjalani aktiviti sosial ekonomi serta alat pemprosesan meningkatkan informasi.
Teknologi pada abad ini berkembang dengan cepat, contohnya istilah Jalur Lebar Tanpa Wayar dan teknologi Generasi Ketiga (3G) adalah antara konsep baru dalam teknologi komunikasi yang masih belum dapat difahami secara menyeluruh. Kemajuan teknologi baru dilihat sebagai satu inovasi kepada pengamal perhubungan awam kerana, teknologi baru dapat membantu dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, 1991).
PERHUBUNGAN AWAM DAN TEKNOLOGI BARU
Revolusi Perindustrian telah mengubah kemajuan manusia dalam bidang teknologi dan komunikasi pada hari ini. Ia bukan sahaja merombak tatacara perniagaan, malah mengubah keseluruhan konsep syarikat, organisasi, negara dan gaya hidup seharian sebagai contoh terdapat banyak aktiviti penggabungan mega melibatkan syarikat-syarikat gergasi yang menguasai pasaran dunia termasuklah industri kereta, tembakau, makanan, penerbangan, perubatan dan perbankan (Janal, 2000).
Satu lagi tanda tentang persekitaran yang pesat berubah ialah sempadan antara negara, industri dan produk yang semakin hari semakin kabur. Kuasa yang ada pada kerajaan semakin merosot kerana aliran maklumat dan kandungan tidak mudah ditapis oleh kerajaan (Renton, 1997). Hal yang sedemikian berlaku di Malaysia di mana laman web dan blog digunakan sebagai medium meraih undi, mencerna pendapat dan menzahirkan ideologi dan ketidakpuasan hati dan bagi pengamal perhubungan awam pula, internet kini adalah satu tempat luahan perasaan kepuasan serta ketidakpuasan hati publik terhadap organisasi.
Pasaran terbuka selepas Perang Dunia II dan perpecahan blok negara-negara timur terutamanya kejatuhan Berlin Wall menyebabkan kemajuan terutama inovasi teknologi dalam sektor komunikasi sepanjang tahun 80an dan bertambah baik dalam tahun 90an. Nama-nama seperti Bill Gates, Steve Jobs, Microsoft dan Internet seperti Yahoo dan Google menjadi faktor perniagaan terutamanya dalam kemajuan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Pengaruh mereka adalah besar dan masih berterusan (Wilcox, 2005).[...]
0 Response to "Teknologi Baru dengan Perhubungan Awam"
Post a Comment